Social Icons

Monday, July 16, 2012

TEMPE

Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan. Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat

Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebesar 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan. Tempe juga dipercayai dapat mencegah anemia dan osteoporosis, dua penyakit yang bayak dialami para wanita, kerana tubuh wanita yang mengalami haid, hamil serta menyusukan bayi. Penyakit anemia ini dapat menyerang wanita yang malas makan, kerana takut gemuk, sehingga menyebabkan penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh menurun. Di dalam tempe juga terdapat suatu zat antioksidan
dalam bentuk isofalvon. Seperti vitamin C, E dan karotenoid, isoflavon merupakan antioksidan yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Serikat, penemuan bahawa genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging). Oleh itu, cara terbaik untuk mengoptimakan khasiat tempe bagi tubuh kita adalah dengan mengambilnya setiap hari dalam pemakanan harian sewajarnya. Bagi mengelakkan kebosanan, pengambilan dalam pelbagai jenis masakan tempe adalah perlu. Seperti di Malaysia, kita masih punya banyak pilihan masakan berasaskan tempe seperti lontong, sambal goreng, masak lemak, dan sebagainya. Walau bagaimana pun bagi mengelakkan zat-zat yang bermanfaat itu tak banyak terbuang dalam proses pemasakan, tempe
sebaiknya dimasak dengan menu seperti sup, berkuah (berempah), atau rebus. Cara tersebut lebih efektif untuk khasiatnya, berbanding digoreng.



Di senaraikan 10 Khasiat Tempe buat panduan pembaca ;

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, mudah dicerna sehingga baik untuk mengatasi diare.- nak elak keracunan makanan

2. Mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga menurunkan tekanan darah.- elok untuk yg darah tinggi

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita jantung. - yang sakit jantung pun bagus
4. Penderita anemia. Anemia dikesan dengan rendahnya kadar hemoglobin kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe .- untuk wanita atau model2 yang takut gemuk

5. Anti infeksi. Hasil survey menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotika yang mengurangkan risiko infeksi.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol.- alternatif kalau tak larat makan oat. 

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser. - harus di amalkan selalu.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang menyertainya, baik infeksi ataupun degeneratif. - menyeimbangkan pengambilan gizi seharian.

9. Mencegah timbulnya hipertension. - elok untuk yang cepat marah

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis.- tak perlu beli susu anlene yang mahal tu, makan tempe dah memadai.

Jadi, pada mereka yang mementingkan pemakanan seimbang. Apa pun sahaja yang kita ambil untuk pemakanan seharian seharusnya seimbang dan tidak pula berlebihan. Sekian

0 comments:

Post a Comment

 

ORGANISASI

Pengarah Urusan: Rosnah Binti Ahmad

Pengurus Operasi: Mohamad Bohari Bin Mainon

Pengurus Pemasaran: Zainal Bin Abd Latif

WAKTU OPERASI

11.00 pm - Tempahan ditutup.
3.00 am - Kerja-kerja memproses di mulakan.
7.00 am - Proses penghantaran bermula.

Tempahan sentiasa dibuka sehingga jam 11.00 pm setiap hari kerana jam 11.30 pm proses merendam kacang bermula.

SENARAI HARGA

Air kacang soya - (1 bungkus 10 kg) - RM12.00
Taufufa - (10 kg) - RM13.00
Kacang Soya - Harga tertakhluk kepada gred dan jenis

- Tambahan RM1.00 untuk penghantaran.
- Bagi sebarang tempahan Taufufa, bekas di sediakan pelanggan. Sebaiknya gunakan flus untuk menjamin kualitinya.