Social Icons

Friday, August 3, 2012

.:: Produk Berasaskan Kacang Soya ::.

Proses membungkus soya yang telah siap dimasak sedang dijalankan

KACANG soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah ianya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
Ia mengandungi 50 peratus  protein bagi setiap 100gram kacang soya iaitu 2 kali ganda lebih dari kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.
Soya  juga kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, magnesium, iron dan phosphorous. Selain itu, soya juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, B, C, dan D serta lecithin.
Ianya  boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Di samping itu, protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
Kelebihan kacang soya juga memudahkan proses pencernaan dan mengandungi semua asid aminoyang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
Kacang soya merupakan sejenis kekacang yang sangat selamat, berzat, dan sesuai untuk semua lapisan umur.
Khasiat kacang soya juga turut terdapat dalam JUS MATE 5 dimana ianya bertindak bersama Guar Gam untuk menjadikan perut anda sentiasa kenyang serta dapat melawaskan pembuangan najis.

0 comments:

Post a Comment

 

ORGANISASI

Pengarah Urusan: Rosnah Binti Ahmad

Pengurus Operasi: Mohamad Bohari Bin Mainon

Pengurus Pemasaran: Zainal Bin Abd Latif

WAKTU OPERASI

11.00 pm - Tempahan ditutup.
3.00 am - Kerja-kerja memproses di mulakan.
7.00 am - Proses penghantaran bermula.

Tempahan sentiasa dibuka sehingga jam 11.00 pm setiap hari kerana jam 11.30 pm proses merendam kacang bermula.

SENARAI HARGA

Air kacang soya - (1 bungkus 10 kg) - RM12.00
Taufufa - (10 kg) - RM13.00
Kacang Soya - Harga tertakhluk kepada gred dan jenis

- Tambahan RM1.00 untuk penghantaran.
- Bagi sebarang tempahan Taufufa, bekas di sediakan pelanggan. Sebaiknya gunakan flus untuk menjamin kualitinya.